Friday, July 18, 2008

Budak Neraka...

Astarghfirullahalazim.

Kemungkinan besar anda telah mendengar atau menerima berita tentang sesuatu kejadian aneh yang baru berlaku di awal minggu ini, yang telah menyebabkan fenomena seakan histeria massa, atau 'mass hysteria' di antara kalangan anak-anak Adam. Seandainya... andaikata... jikalau... misalannya... anda lemah hati, atau tidak sanggup mengalami atau mendengar tentang kejadian-kejadian aneh, anda diawasi supaya berhenti membaca artikel ini. Bagi mereka pula yang teguh hati serta kuat semangat, anda disilakan bersama saya dalam perjalanan untuk menyiasat kejadian tersebut, serta akibat yang tersurat dan tersirat yang bakal berlaku.


Inilah kisah seorang budak dari Neraka yang telah baru sahaja dikemukakan kepada dunia ini dan menjadi berita terhangat bukan sahaja di dunia Barat, malah menggemparkan dunia sejagat. Kewujudan makhluk ini telah menyebabkan perbincangan dan perbicaraan yang teramat hangat, serta menimbulkan semacam perasaan seram serta ngeri, dengan paras rupanya yang aneh serta menggerunkan dan adanya dua batang tanduk di atas kepalanya yang telah menyebabkan perbandingan dibuat antara makhluk aneh tersebut dengan Syaitan Laknatullah.

Kisahnya dikatakan bahawa makhluk ini sudah wujud di dunia kita sejak beberapa tahun yang lalu, kemungkinan selama lebih dari dua puluh tahun, dan telah dipelihara oleh seorang manusia lelaki di negara Amerika Syarikat semenjak makhluk itu masih kecil lagi. Mengapa lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membela dan memelihara makhluk yang dikatakan bukan haiwan dan sudah tentu bukan manusia tidak diketahui, tetapi para ahli psikologi telah menduga bahawa lelaki tersebut telah berlaku sedemikian akibat timbulnya perasaan perikemanusiaan dan kasihan terhadap makhluk tersebut yang pada waktu itu sedang masih bayi lagi.
Makhluk tersebut, yang kini digelar secara tidak rasmi sebagai 'Budak Neraka', bukan sahaja menjadi bahan kata-kata antara manusia sejagat. Malah ada juga beberapa makhluk aneh lain yang telah disaksikan oleh segelintir manusia dan menjadi bahan dugaan sama ada mereka ada kena mengena dengan kewujudan 'Budak Neraka' tersebut. Makhluk yang paling sering sekali dilihat di kawasan timbulnya 'Budak Neraka' itu adalah seekor makhluk yang jika sekali imbas dilihat mata bermirip manusia, namun pendapat saksi-saksi tersebut semuanya bersetuju bahawa kulit makhluk itu berwarna biru biru-hijau, serta mempunyai rupa kulit seakan sisik ikan. Makhluk tersebut juga telah dikatakan mempunyai sepasang mata besar hitam bagaikan mata makhluk dari angkasa lepas yang dikaitkan dengan fenomena UFO di dunia Barat.

Sejak kebelakangan ini, masyarakat awam dinasihati supaya buat bertendang dan tidak mengambil tindakan yang luar biasa. Para Ulama juga telah membuat pengumuman yang mengatakan bahawa manusia dilarang merasakan takut terhadap makhluk tersebut, kerana ianya hanya makhluk ciptaan Tuhan. Seandainya manusia berasa takut terhadap makhluk-makhluk tertentu seperti ular, harimau, buaya dan sebagainya, itu adalah perkara biasa kerana haiwan-haiwan tersebut adalah merbahaya dan perasaan takut dibunuh atau disimbar oleh haiwan-haiwan tersebut adalah biasa dan merupakan salah satu naluri manusia. Namun, jikalau perasaan takut timbul karena paras rupa atau takut kepada makhluk Tuhan tanpa sebab, amat berdosa dan diharamkan.
Di bawah ini terdapat beberapa gambar yang telah berjaya dipetik oleh para saksi. Jika anda lemah hati, atau tidak sanggup melihat perkara yang menggerunkan, anda dinasihati supaya jangan melihat gambar-gambar berikut.

ANDA TELAH DIAWASI.
















'Budak Neraka'

'Budak Neraka' menggenggam Pistol Sakti

'Budak Neraka' menggerunkan ahli kamera

'Orang Ikan'

'Orang Ikan' berpakaian 'glamour' kelihatan di sisi 'Budak Neraka' bersama dengan Seorang Gadis Manis

Cerita dia GEREK LA SAK! HAHAHAHAHA =)

No comments: